Tuesday, August 24, 2010

notanota GILA

 ‎| kalau bole esok aku mahu ke LONDON , mahu minum kopi disana , lusa aku mahu ke PARIS , mahu teroka semua kedai kedai buku terpakai disana . mungkin hari seterusnya aku mahu terus ke ke BERLIN , mahu pogo bersama punk rockers disana .


 mungkin aku akan berpindah ke ICELAND duduk disana seorang diri . setiap petang aku akan duduk membaca buku di tepi tepi tasik sambil ditemani alunan lagu lagu SIGUR ROS. mungkin juga aku mahu tinggal di MESIR , setiap malam aku akan bacakan sajak sajak cinta di tepi SUNGAI NIL . sajak sajak tentang hidup yang huru hara dan cinta cinta cinta yang mengelirukan 


Aku bole memburu pontianak jika hidup di ROMANIA . tak mustahil jika aku akan hidup di SEPANYOL atau MOROCCO
mahupun BULGARIA


ini semua gila . terlalu gila . terlalu banyak tempat untuk dilawati dalam dunia ini dan terlalu banyak buku untuk dibaca dalam hidup yang pendek ini . terlalu banyak juga wanita wanita dan lelaki lelaki  yang menjaja cinta buatkan otak aku biul .


mungkin , ya , mungkin tidak aku tak harus kemana mana 


mungkin aku hanya patut duduk diam 


ya . duduk diam sahaja sambil bergelak gelak ketawa bersama sama kawan kawan yang aku suka :)





No comments: