Tuesday, November 30, 2010

10 signs




Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.





Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Sunday, November 28, 2010

quote for today



 i feel my throat begin to close and my eyes well up with tears because i know it is time for you to go. the look you give me at that moment haunts me. i feel your sadness and my own loneliness, and the ache in my heart that had been silent for only a short time grows stronger as you release me




from ME to YOU :)

Friday, November 26, 2010

harry potter

oke , saya da besar tapi still tergedik gedik nak tengok harry potter bagai.. pffft 
dari start hari first kuar saya da merengek rengek nak tengok harry potter.. hurmm....tapi semua buat bodoh ..cam tanak layan saya tengok harry potter...haih 

hari rabu haritu , saya , kajang , dengan yaya..decide nak tengok harry potter la..even mamat dua orang tu kena paksa tengok harry potter !! hahahaa
yaya dengan maju jayanya..konon konon da book la ticket...for sure la hari rabu confirm penuh oke !! then bila sampai dekat tgv..saya jalan penuh bangga tayah nak queue bagai..nak redeem tix yang da book tu..
tapi..yaya dengan bijaknya..bole lak tak save number book !! haih. .. rasa nak sepak je laju laju... !! grrrrr

then kitaorang decide tengok unstopablle ..sudah la sepanjang kat jj tu asek kena buli je dengan mamat 2 orang tu.. heeeee..selamat la saya naek kereta dengan mereka..kalau la..saya pergi sendiri..mau saya sepak laju laju ..then lari balek sendiri :p hahahahaha *evil

oke la berbalek kepada harry potter..sungguh saya addict dengan movie and novel tu.. fine semua movie ni saya tengok kat wayang plus semua novel saya baca ..mula mula try baca yang english..tapi susah nak paham..saya baca yang malay..even ade cam bahasa indon sikit.. hahahahaha
layankan je :p

saya lagi suka ron weasley dari harry potter .. mungkin saya memang a girl yang jarang suka hero.. hahaha..saya lagi suka orang jahat yang hensem // hahahaha

dulu , saya selalu je semangat bercerita pasal harry potter dekat exboyfriend saya mokhtar..sebab dia talayan sangat cerita cerita fantasy bagai ni :p
selalu je teruja nak cerita bila da habiskan 1 novel ataupun pas tengok movie tu .. cerita dari A to Z :p
pastu selalu je nak buat kuiz pasal harry potter ni :p 
example :
  1. bila robbert pattinson mati ?
  2. ron weasley tu kidal ke tak ?
  3. harry ade uncle name ape ?
hahahaha .. kadang kadang bila ingat balek soalan soalan yang kitaorang tu jawap..cam ape tah. hahahaahha
gle addict dengan harry potter punya pasal :p


 I CAN'T WAIT FOR DEATHLY HOLLOW PART 2 :(

they are damn so cute :p

my boyfriend // awww ;)

so cute together ;) *envy

Tuesday, November 23, 2010

kosong



Kamu … seperti hantu
Terus … menghantuiku
Kemanapun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku …

Salahku … biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan …
Kau … dari pikiranku ini



Didalam keramaian aku masih merasa sepi …
Sendiri memikirkan kamu …
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu …
Kau tulis namamu …

Tubuhku … ada disini
Tetapi … tidak jiwaku
KOSONG yang hanya kurasakan …
Kau … telah tinggal di hatiku …





hatiku telah diKOSONGkan oleh KAMU :')

Sunday, November 21, 2010

thank YOU

thank you for all the wishes !! , i enjoy spent my birthday with my sister, brother and my friends :)

i'm getting older starting from yesterday

special thanks to

  • family
  • cousins
  • bestfriendforever
  • friends
  • exboyfriend
  • mohd jayzuan 


grudges are a waste of perfect happiness , laugh when you can , apologize when you should and let go of what you can't change :)


2011 2010 :)



24 hours end with so slow , but he never wish my birthday :')

Saturday, November 20, 2010

#HappyBirthdayToMe 2


i'm getting older today 
 ;)

Wednesday, November 17, 2010

i'm proud to be JOHOREAN :)

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha…. that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok….Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap – makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur – especially ulam). Yang aku tahu – pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya “Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok – kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku – maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don’t like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!…tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk Apa lagi EKK?

Kamus Johor :
Saing - pergi bersama2..”nnt kite saing ehh pi sekolah” Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ? Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.
Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
GerobokGobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke. Sajak sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!…cm nih ayat die..’sajak x beg nih pki ngn bju ni??”
roti perata – roti canai
semangka -tembikai
epok2 -karipap

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya AIDILADHA

sorang sorang didalam rumah

cuba menangis

tiada air mata





sudah la aku mahu tengok anime k-on!

Sunday, November 14, 2010

wish list


blackberry torch :)

nokia c3 pink :)

dress topshop :)




jam fossil limited edition :)



novel lagenda budak setan :)


banana chocolate secret recipe :)



black wallet from mng :)


acer aspire 4520 adaptor - checked :)




ni je wish list this year punya birthday :) eehhehe...adaptor da dapat da..hj malek hadiahkan haritu..sebab dia tengok adaptor saya da putus da..asek pinjam orang punya je :)
ehehehhehee

yang lain lain tu..tatau la bila bole dapat // bahahaaa.. tapi ni je wish list this year /// hahahaha

so sesiapa terasa nak buykan hadiah..selain dari yang atas oke je..saya accept je :)


counting the days starting from now :)

Thursday, November 11, 2010

entah la.. saya tatau nak tulis apa lately ni.. everytime bukak blog..and new pos.. saya stuck..pandang je dengan pandangan kosong..

serious !! saya tak taip apa apa pon.. buhuuuu :'(

kalau dulu .. satu hari nak 2 post bagai..tapi lately ni nak tulis apa pon tatau , saya rasa kehidupan saya da cam plain da.. kehidupan saya da tak yang bole buat saya teruja .. entah la..

mungkin dengan status baru yang saya ada ni.. buat saya rasa diri ni plain mungkin..hurmmm

menjadi 2nd girlfriend kembali kepada orang yang sama dengan perangai yang sama..saya tatau nak cakap apa o.O

saya hanya diam , tutup mata , batukan diri ..biar ia jadi tanda tanya 

relationship yang hanya kami berdua tahu , yang hanya kami diamkan , yang hanya kami pendamkan 

tiada dating , tiada message , tiada call hanya chat di facebook :)

saya akan masih mencari untuk sesuatu yang pasti , sesuatu yang akan jadi hakmilik kekal abadi 


perhubungan yang sudah berlarutan selama beberapa bulan , ahahha // camne ye saya bole bertahan ?
mungkin hanya untuk hari ini , ketika ini ataupun detik ini 

esok , lusa , atau hari hari lain .. saya mungkin akan dengan orang lain bukan dengan dia lagi  ;)



addicted on this drama ;)




All things in life change, it happens with valid reason so if you doubt why it happens to you, stick to this: we can never learn to be brave and patient if there’s only joy in the world”





p/s aku hanyalah kunang kunang dan kau hanyalah senja 

Tuesday, November 9, 2010

senyum

senyum sendiri menampakkan kepelikan diri

oke oke , enough dengan status status pelik nampak macam orang mereng // crap
entah la., tatau kenapa tiba tiba banyak je ayat ayat pelik akan timbul di minda and akan dikeluarkan kat mulut dan seterusnya akan kuar la kat facebook and twitter :)

i got this question from one of my bestfriend farah aliaa


 rancak buat poem je skang nih. Either 2 je nih. Jiwa kacau or kamu tgh bahagia. Kan? Kan? 



lately ni pon asek buat quotes bagai , nak kate bahagia ? terasa jiwa kacau..nak kate jiwa kacau , sometimes rasa bahagia sahaja // owh..sungguh pelik perasaan sebegini // crap again..

entah la , sometimes saya suka je perasaan perasaan pelik ni datang , perasaan teruja , stress , geram and macam macam lagi la..eehhehe

mungkin ada kalanya , kamu kamu semua akan meluat dengan perangai saya tak tentu ala ni..or perangai kegedikan melampau or terlampau..ataupun perasan sendiri // apa apalah..

oke , maaf saya akan cermin diri , umur sudah meningkat ,, perangai masih tidak berubah :'(





 aku pandang kamu , pandang dari jauh , palingkan muka dan biarkan ia berlalu

oke !! ini serious ,, saya makin tiada idea untuk menulis blog // buhuuuuu ..serious !! tiada apa yang seronok or yang sedey untuk dikongsi ;'(
gle plain hidup saya sekaranggggggggggggggggggggggggggggg // crap again !!

Sunday, November 7, 2010

rocket

You're like a rocket in my mind
That's waiting to define everything about me no one knew
And you stick like a poster on my wall
As if you dont wanna move

I got no money in my pocket
Nobody to rock with but you
But you know me I don't seem to roll
Somehow we managed to get through

People come and people go
And people gonna come some more
They pick a fight
But it's alright
At least I get to see you tonight
Tonight

I can't believe we almost got famous for nothing baby
You came the last minute of panic to save me
I can't believe we almost got paid for nothing baby
Cause even if they go away
I got the feeling that you're gonna stay

It's like I'm picking up a miracle off the sidewalk
Like kitten in the box
Don't contemplate yourself, you say
Cause you're all you've got
I'm a shy and pathetic
At the same time unlike you
Baby you've got no move
And you think I'm good at what I do




one song for one person and special for YOU :)