Friday, October 11, 2013

Kota Kinabalu Sabah

last month saya pergi Kota Kinabalu Sabah dengan family , weekend getaway with family ! short trip dari hari jumaat sampai ahad , saya and Boy dari LCCT and the rest dari Senai , tapi flight saya dengan Boy lain lain waktu , dia sejam awal and saya kemudian , dah terbiasa dah naik flight seorang diri :p





and macam biasalaaah , sebelum kemana mana mesti camwhore dulu ! 

saya sampai around pukul 3.30 petang dengan Boy and 30 minutes later baru family ambik kat airport , oleh kerana terlalu lapar , the first thing yang kitaorang makan adalah KFC , okay itu bosaaan , kat semenanjung pon ada KFC :(

first pit stop bila touchdown Kota Kinabalu , saya pergi Pantai Tanjung Aru ! everyone know , I really do love beach so much , when my family busy with chatting and plan for our trip tomorrow , saya busy main dengan pantai seorang diri ! Ya Allah , cantiknyaaaa ciptaan Allah ! and seriously saya tenang okay dekat sini , I mean boleh la lupaaakan seketika kerja yang berlambak kat UiTM tu :p



Pantai Tanjung Aru 

and then malamnyaaa , kitaorang just lepak kat bilik and pergi night market area hotel yang kitaorang duduk , night market kat situ okay la , have a lot of things , mostly jual pearl la and cologen ! tapi saya lagi prefer night market kat Feringgi Penang ! lupa nak beritahu , yang dekat Sabah ni , waktu solat masuk awal ,Subuh awal and semuanya awal la , pukul 7 pagi dah macam pukul 9 ! saya bangun pukul 4.30 pagi tauuu ! dah la tidur pukul 1.30 pagi ! 

so esok paginyaaa , kitaorang pergi Mount Kinabalu , rumah terbalik , Jambatan Tamparuli ! serious sejuk okay dekat Mount Kinabalu ! semua orang mengigil and serious saya salute dengan orang yang boleh daki Gunung Kinabalu ! saya bukanlah seorang yang extreme and saya sendiri tahu kemampuan saya , yang for sure tak larat nak hiking ni :p 






we at Mount Kinabalu 








ni dekat Jambatan Tamparuli , one of the main attraction kat Sabah juga ! kalau tak ada bridge ni ,tak tahu la orang kampung ni nak keluar dari kampung macam mana ! and berdekatan dengan jambatan ni , ada small market yang jual buah buahan , family saya cari buah avacado , tapi tak ada :(










and ni dekat rumah terbalik , okay tak best langsung , rugi RM10 :( 










okay ni trip island hoping ! banyak gambar snorkelling yang ada dekat Angah , tak dapat lagi , buhuuuu :( the best part adalah mandi laut , saya tak berganjak mandi laut and snorkelling sampai la bot untuk pulang dekat Pulau Manukan ni ! 


esoknya , pagi pagi pergi breakfast and pergi Philippine Market untuk beli la something untuk bawa balik , and kalau pergi Sabah , pergi la makan seafood yang serious muraaah ! tak ada gambar food sebab bila lapar sangat , nak ambik gambar pon lupa ! tak apa gambar makanan sama je dengan makanan orang lain :p 







tinggi tinggi Gunung Kinabalu , tinggi lagi sayang saya sama kamuuuuuuuu 

No comments: